7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda

7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda

Objektif Facebook Ads Yang Anda Perlu Tahu 

Terdapat 7 jenis objektif Facebook Ads yang anda perlu tahu. Jika anda mampu menguasai kesemua objektif ini, iklan anda pasti akan berhasil.

Berikut kami kongsikan 7 jenis objektif untuk Facebook ads yang anda perlu tahu.

  1. Brand Awareness
  2. Reach
  3. Engagement
  4. Traffic
  5. Conversion
  6. Video Views
  7. Lead Generation

Di platform Facebook, telah disediakan satu tools periklanan iaitu Facebook ads atau FB ads yang digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan latar belakang pengguna yang berbeza.

Kelebihan Facebook ads adalah anda boleh tetapkan target audience anda sendiri sesuai dengan karakteristik produk yang anda iklankan.

Tambahan pula Facebook ads tidak memerlukan penggunaan duit yang banyak.

Image of different Facebook Ads Objectives

Sebelum menjalankan Facebook ads, anda perlu tahu objektif ads yang anda akan buat.

Objektif ads bermaksud ads anda perlulah mempunyai tujuan, adakah anda ingin mendapatkan conversion, engagement atau sebaliknya.

Ads tanpa tujuan dan strategi yang sesuai akan membuatkan anda kerugian wang. 

1. Brand Awareness

Image of Awareness - One of FB Ads Objektives

Brand awareness adalah kemampuan pelanggan mahupun bakal pelanggan untuk mengenali dan mengalami pengalaman mereka sendiri ketika mendapatkan produk atau perkhidmatan bagi sesebuah perniagaan.

Jika anda menggunakan objektif iklan ini, Facebook akan cuba untuk mencari dan sampaikan kepada audience yang menghabiskan lebih banyak masa untuk melihat dan membaca iklan ini. 

Objektif ads jenis ini adalah untuk memberitahu kepada orang ramai tentang kewujudan jenama anda.

Bagi yang tidak tahu, anda akan dikenakan caj per impression untuk objektif ads jenis ini.

Objektif ads jenis ini sesuai untuk cold audience kerana cost per impression adalah lebih rendah berbanding menggunakan objektif jenis page post engagement (PPE).

Cold audience adalah mereka yang masih belum mengenali dan tidak percayakan jenama anda.

Kebiasaannya, mereka ini adalah orang-orang yang belum mengikuti anda secara online sama ada di Facebook page ataupun platform online yang lain.

Anda boleh pilih objektif jenis ini sekiranya anda ingin melihat seberapa besar perhatian orang ramai terhadap ads anda. 

2. Reach

Image of Reach - Objektif Facebook Ads

Reach adalah jumlah audience (sasaran) yang telah melihat ads yang telah anda buat.

Untuk objektif jenis ini, Facebook akan cuba untuk sampaikan ads anda kepada seberapa ramai orang yang mungkin supaya mereka nampak ads anda.

Audience mungkin tidak akan sentiasa klik pada ads anda, tetapi mereka berkemungkinan akan berminat dengan perniagaan anda apabila mereka nampak ads anda.

Untuk objektif ads jenis ini juga, anda boleh mengubah kadar kekerapan untuk audience melihat iklan anda. Objektif jenis ini berkait rapat dengan bajet dan target audience anda.

Kebiasaannya, objektif jenis ini sesuai untuk warm atau hot audience iaitu mereka yang sudah mengenali produk anda tetapi masih belum mengambil tindakan untuk mendapatkan produk anda.

Mereka adalah golongan yang hanya nampak dan mengenali jenama anda sahaja.

3. Engagement

Image of Engagement - Objektif Facebook Ads

Objektif ads jenis ini sangat popular dan biasa digunakan oleh majoriti orang terutama di Malaysia. Engagement termasuklah likes, comment, share, dan clicks daripada audiens di posting anda.

Semakin banyak engagement yang anda dapat, semakin murah ads anda dan ini bermaksud ads anda telah berjaya. Anda boleh menggunakan objektif jenis ini untuk melihat interaksi audiens terhadap posting dan content anda.

Facebook juga akan melakukan optimisasi dengan mencari orang-orang yang akan berinteraksi ketika ads anda dikeluarkan.

Menerusi ads ini, anda boleh minta bakal pelanggan untuk tinggalkan nombor telefon di ruangan komen.

4. Traffic

Objektif jenis ini adalah untuk mendapatkan klik ke website anda. Facebook akan fokuskan iklan anda kepada orang yang kebiasaannya akan klik link di dalam Facebook.

Contoh link adalah seperti link ke website, WhatsApp, Messenger dan sebagainya. Anda akan dikenakan caj per impression (default) atau anda boleh pilih untuk tukar kepada caj per link click (CPC). Objektif iklan jenis ini amat sesuai untuk tujuan retargeting.

5. Conversion7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda

Conversion adalah trafik yang datang ditukar menjadi pembeli. Semakin tinggi conversion, semakin tinggi keuntungan anda.

Iklan yang mempunyai conversion rate yang tinggi adalah iklan bagus. Antara faktor yang boleh mempengaruhi turun naik conversion adalah:

  1. Permintaan produk
  2. Persaingan
  3. Pemilihan audiens
  4. Gambar iklan
  5. Penulisan ayat iklan

6. Video Views

7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda

Objektif jenis ini sesuai untuk anda yang ingin paparkan ads dalam bentuk video. Seiring dengan peredaran zaman, video adalah antara salah satu cara yang tepat untuk memperkenalkan brand anda kepada audience. 

Dalam ads yang berbentuk video, ads anda dikatakan akan berjaya jika harga per video views murah pada audiens yang anda target. Anda perlu lihat pada cost per video views yang ditulis.

7. Leads Generation

Image of Form Type in FB Ads

Objektif ads jenis ini adalah untuk membantu anda mendapatkan leads. Leads adalah seperti emel, pengisian form, WhatsApp dan sebagainya. Facebook juga mempunyai form yang anda boleh isi sendiri.

Setiap perniagaan pastinya memerlukan maklum balas daripada pelanggan atau bakal pelanggan. Namun, pengisian borang menjadikan mereka tidak berminat untuk membeli malah mengisi borang. Dengan adanya objektif jenis ini, ia memudahkan proses mereka untuk mengisi. 

Mereka hanya perlu tekan ads anda, kemudian borang akan dipaparkan di mana ia telah siap diisi dengan maklumat yang diperlukan untuk dihantar terus kepada anda. Hanya dengan beberapa klik, mereka boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki dan anda berjaya perolehi leads generation untuk perniagaan anda.

Anda boleh menggunakan leads generation untuk:

  • Mengenal pasti pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda
  • Audiens anda muat turun dokumen atau risalah
  • Memahami minat dan tingkah laku bakal pelanggan
  • Mendapatkan orang untuk mendaftar program andaImage of FB settings

Nak kami bantu setup dan pilih objektif Facebook ads yang sesuai untuk anda?

Kami telah membantu ramai usahawan di luar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.

Kami akan jalankan Facebook ads dengan menggunakan strategi pemasaran digital yang dirancang mengikut produk dan pasaran anda.

Kami yakin dengan strategi digital yang teratur dan terancang, kami akan dapat bantu anda naikkan sales di Facebook.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan berkaitan dengan objektif yang terdapat dalam Facebook ads.

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 5 Strategi Untuk Naikkan Sales Facebook Anda
  2. Bagaimana Nak Buat Copywriting Berkualiti Dan Convert Dalam 5 Minit
  3. Cara Nak Elak Buat Iklan Yang Tak Hasilkan Jualan

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads
Ads

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads

GIFs, atau Graphics Interchange Format, adalah jenis fail gambar yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk animasi ringan. Dalam dunia marketing, GIFs sering digunakan …

Read More →
Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda
Ads

Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda

Iklan carousel atau carousel ads adalah sejenis iklan yang boleh digunakan pada platform pengiklanan Facebook. Kelebihannya adalah ia membolehkan anda menunjukkan beberapa gambar atau video …

Read More →
Kepentingan Penggunaan 'High Quality Image' Dalam Facebook Ads Anda
Ads

Kepentingan Penggunaan ‘High Quality Image’ Dalam Facebook Ads Anda

Penggunaan imej yang berkualiti tinggi (high quality image) dalam Facebook ads adalah penting kerana ia mampu membantu menarik perhatian audience dan meningkatkan prestasi ads. Imej …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

Cara Nak Marketing Produk Makanan dan Jual Produk Komoditi
Business

Cara Nak Jual Produk Komoditi (Makanan, Pakaian, Etc)

Bagaimana Nak Buat Iklan Produk Makanan Atau Produk Komoditi   Komoditi ni apa?   Komoditi ni lebih kurang barang yang sama macam orang lain. Contoh produk makanan, bahan mentah, dan sebagainya.   Jadi macam mana cara buat marketing untuk menjual produk tersebut secara online?   Kita nak bercerita tentang apa cara marketing produk makanan, kalau

Read More »
Strategi Pemasaran
Business

3 Faktor Ini Yang Bakal Menentukan Kempen Pemasaran Anda Berjaya Atau Gagal

3M inilah punca kenapa kempen dan strategi pemasaran tu ‘flop’ atau berjaya. “Saya dah plan macam-macam benda, saya dah susun elok-elok tapi akhirnya kempen ni tak menjadi.”   Saya tahu perasaan anda macam mana.   Saya sendiri pun pernah kerugian RM20 ribu! Hasil tak betul-betul faham fundamental.   Akhirnya, bila saya dah study macam-macam buku,

Read More »
Design

Mengapa Penggunaan Grafik Penting Untuk Perniagaan Anda

Grafik terdiri daripada bahan visual yang memberi ringkasan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar. Grafik juga boleh menjadi satu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej. Keistimewaan grafik adalah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza.  Sebenarnya,

Read More »
Perbezaan Facebook Ads dan Google Ads Yang Masih Ramai Tak Tahu
Ads

Perbezaan Facebook Ads dan Google Ads Yang Masih Ramai Tak Tahu

Facebook merupakan salah satu media sosial yang paling banyak digunakan di dunia. Facebook Ads atau FB Ads adalah salah satu platform marketing yang berbayar. Ia adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook yang digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk di media sosial seperti Facebook dan Instagram dengan berbagai latar belakang pengguna yang berbeza. Manakala Google

Read More »
6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads
Ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

Facebook ads atau FB ads adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook.  Ia digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan latar belakang pengguna yang berbeza. Kelebihan Facebook ads adalah anda boleh tetapkan target audience anda sendiri sesuai dengan karakteristik produk yang anda iklankan. Facebook ads dipilih kerana statistik platform media sosial Facebook adalah seramai 24

Read More »
Understanding The 5 Phases Of Customer Journey
Customer

Understanding The 5 Phases Of Customer Journey

What is a customer journey? It is the collective interactions that customers have when interacting with your product or services. Understanding your customer is important. If you understand them better, you will be able to provide them with a great user experience for your product or services. A customer will go through five distinct phases

Read More »