Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda

5 Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda

Media sosial merupakan teknologi berasaskan komputer yang memudahkan perkongsian idea, pemikiran, dan maklumat melalui pembinaan rangkaian maya dan komuniti.

 

Media sosial yang berasaskan internet ini telah memberikan pengguna komunikasi elektronik yang cepat tentang kandungan seperti maklumat peribadi, dokumen, video, dan foto.

 

Kebiasaannya, media sosial ini digunakan melalui komputer, tablet, atau telefon pintar melalui perisian atau aplikasi berasaskan web.

Media sosial hari ini bukanlah sekadar platform untuk bersosial semata-mata.

 

Penggunaan media sosial kini adalah semakin meluas. Untuk usahawan dan peniaga, media sosial merupakan alat untuk berkomunikasi serta melakukan promosi mengenai bisnes kepada pelanggan dengan cara paling berkesan.

 

Dengan media sosial, sesiapa sahaja boleh luaskan rangkaian bisnes seluasnya. Media sosial adalah dunia internet tanpa sempadan. Ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana saja.

 

Tidak dinafikan, impian setiap usahawan dan peniaga adalah untuk menaikkan jualan mereka sama ada di media sosial, website, premis, dan sebagainya.

 

Jadi, apakah cara terbaik untuk naikkan jualan di media sosial anda? Jom baca sampai habis

 

Sebelum ini kami pernah kongsikan tentang 5 strategi untuk naikkan sales di Facebook. 

 

Baca artikel penuh di sini: 5 Strategi Untuk Naikkan Sales Facebook Anda

Baca juga artikel berkaitan : Naikkan Jualan Anda 10X Ganda

 

1. Content Yang Menarik Sebagai Daya Tarikan

Image of scrolling media sosial platform

 

Content atau kandungan adalah cara untuk tunjukkan nilai produk atau bisnes anda kepada pelanggan menggunakan video, gambar, penulisan dan sebagainya. 

 

Content yang menarik akan membantu naikkan jualan dan mengekalkan pelanggan untuk setia dengan jenama anda. Yang paling penting adalah content anda perlulah original, menghiburkan, dan sesuai dengan keperluan audiens perniagaan anda.

 

Platform media sosial adalah tempat yang menyeronokkan bagi mana-mana jenama untuk berinteraksi dan bersosial dengan pengikutnya. Oleh itu, anda perlu tahu apa yang menjadikan jenama anda unik, dan jangan lupa untuk tonjolkan USP produk anda dengan cara yang kreatif. 

 

Nak kami bantu anda hasilkan content yang berkualiti?

 

Kami telah bantu ramai usahawan di luar sana meningkatkan hasil jualan mereka dan mengeluarkan content serta iklan yang kreatif dan berkualiti. Kami membantu perniagaan mereka dalam bentuk pengiklanan dengan menerapkan strategi pemasaran digital yang berkesan dengan tujuan untuk gandakan jualan.

 

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, hubungi untuk consultasi percuma bagaimana kami dapat membantu anda.

 

2. Maksimumkan Penggunaan Gambar

5 Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda

Media sosial adalah platform yang sesak dengan pengguna yang ingin bersosial dan juga yang ingin mempromosikan perniagaan mereka. Oleh itu, untuk menarik perhatian mereka, anda perlu menggunakan gambar atau visual yang menarik. Posting media sosial yang disertakan dengan gambar atau grafik menarik adalah sepuluh kali ganda memungkinkan anda untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna.

 

Selain itu, gambar atau visual juga boleh membantu perniagaan anda pergi lebih jauh dan terus berkembang. Ia membantu perniagaan anda untuk bina kepercayaan kepada pelanggan anda.  Tanpa kepercayaan, pelanggan tidak akan kekal lama. 

 

Mungkin mereka sekadar datang dan pergi tanpa khabar berita. Kepercayaan itu terbina apabila sesebuah jenama itu mempunyai visual marketing yang konsisten dan meyakinkan daripada segi penggunaan warna, susunan elemen grafik dan typography yang memberi mood berdasarkan brand personality mereka.

 

Dalam bahasa mudah, visual dan marketing adalah saling memerlukan di antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini penting untuk menjadikan perniagaan anda untuk pergi lebih jauh. First impression yang baik dapat terbina apabila sesebuah perniagaan itu sanggup berbelanja lebih untuk visual untuk tujuan pemasaran perniagaan dan jenama.

 

3. Konsisten Dalam Marketing

Image of a girl fixing jigsaw puzzle

Konsisten adalah sesuatu yang penting dalam membuat marketing terutamanya di media sosial. Ini adalah supaya bisnes anda kekal relevan serta dikenali umum. Walau bagaimanapun, ramai usahawan masa kini tidak konsisten apabila melakukan marketing. 

 

Mungkin ada yang memiliki masalah kekangan masa, tiada kemahiran IT, tiada kepakaran dalam grafik atau seni copywriting yang dimiliki adalah lemah. Perkara seperti ini akan memberikan impak yang kurang baik terhadap media sosial anda. 

 

Tidak kira apa jua produk atau servis sekalipun, ia bukan sahaja membuatkan page anda kelihatan tidak profesional, malah jualan perniagaan anda akan semakin menurun dan boleh mengakibatkan perniagaan muflis kerana tidak dikenali ramai.

 

Oleh itu, anda perlu sentiasa konsisten dengan mesej pemasaran produk anda supaya orang akan lebih mengenali dan mengingati mesej dan jenama perniagaan anda. Kalau anda sekadar memasarkan produk di media sosial 3 atau 4 kali sahaja, audiens tidak akan tahu bisnes apa yang anda tawarkan.

 

4. Penggunaan Hashtag Dapat Bantu Anda Naikkan Jualan

Image of hashtag in bubble

Hashtag adalah label untuk content yang anda buat. Ia membantu orang lain yang berminat dalam topik tertentu, untuk mencari content dengan topik yang sama dengan cepat.

Hashtag adalah bahagian penting dalam pemasaran media sosial.

 

Ia menjadikan kandungan anda dapat dicari, dan membolehkan anda mencari content yang relevan dengan orang ramai. 

 

Hashtag membolehkan anda berhubung dan melibatkan pengguna media sosial yang lain, berdasarkan persoalan dan minat yang sama. Ini sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan trafik di platform media sosial anda dan membuka peluang untuk naikkan jualan di media sosial.

 

Sekiranya anda dapat menguasai cara penggunaan hashtag yang baik, ia adalah asas kejayaan anda di media sosial.

 

5. Berinteraksi Dengan Pengguna Lain di Media Sosial

5 Cara Mudah Nak Tingkatkan Jualan Di Media Sosial Anda

Menerusi media sosial, anda dapat berinteraksi dengan pengguna-pengguna yang lain. Ia juga memudahkan anda agar mudah dihubungi pelanggan sekiranya hendak mendapatkan servis yang anda tawarkan.

 

Penting untuk berhubung dengan pelanggan dan bakal pelanggan agar mereka memberikan tanggapan yang baik kepada anda dan juga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Anda perlu sentiasa beranggapan bahawa setiap pelanggan yang dilayan merupakan pelanggan yang bakal menentukan sama ada pendapatan syarikat anda akan untung atau rugi.

 

Media sosial adalah cara yang paling tepat untuk berinteraksi dan bersosial dengan pelanggan.

 

Lebih banyak anda berkomunikasi dengan pelanggan, lebih banyak peluang untuk anda naikkan jualan. Anda boleh gunakan konsep komunikasi dua hala di mana kedua-dua pihak menghantar dan memberi maklumat antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk anda dapat tahu keinginan dan minat pelanggan anda. 

 

Selain itu, komunikasi dan penglibatan dengan pelanggan adalah salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian mereka dan menyampaikan mesej tentang jenama anda kepada mereka.

 

Dengan cara ini, jenama anda akan dikenali oleh lebih ramai orang dan sekaligus akan memudahkan urusan penjenamaan anda di kemudian hari. 

 

Kesimpulannya, media sosial merupakan sebuah platform yang berkuasa. Mempunyai perniagaan dalam era digital ini mampu memberi manfaat yang besar sekiranya peluang ini digunakan sepenuhnya oleh usahawan, peniaga dan ramai lagi. 

 

Kehadiran anda sebagai usahawan mahupun peniaga di media sosial adalah kunci yang akan menghubungkan anda dengan audiens dengan serta-merta.

 

Semoga perkongsian yang kami kongsikan kali ini bermanfaat untuk bantu anda naikkan jualan di media sosial.

 

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah .

 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 7 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Marketing
  2. 6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda
  3. 4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tidak Menjadi?
Business

7 Sebab Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tak Menjadi

Anda tahu tak kenapa Facebook Ads yang anda buat tak menjadi? Adakah cara anda buat Facebook ads itu betul atau salah? Sebelum itu, anda perlu …

Read More →
Media Sosial

Bagaimana Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan Digital Kita

Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian. Ini terutamanya, dalam aspek penglibatan …

Read More →
6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu
Media Sosial

6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu

Media sosial mempunyai banyak kebaikan. Ia merupakan satu rangkaian komunikasi yang dapat menghubungkan pengguna dari serata dunia. Menurut kamus dewan, media adalah alat perantara, komunikasi …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You will love to read these

Featured Image of 6 Perkara Penting Buat Website
Business

6 Perkara Penting Yang Perlu Ada Pada Website Anda

Ramai yang ingin buat website sendiri sebab nak jimat kos, tak perlu upah web designer. Tapi selalunya website tu tak mampu untuk bertahan lama.  Semakin lama semakin sendu akibat tiada yang berkunjung .   Sebabnya? Cara dan penyusunan yang kurang betul.   Saya akan kongsikan 6 perkara penting yang perlu ada kalau anda nak buat

Read More »
Business

7 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Marketing

Elakkan 7 Perkara Ini Dalam Marketing Menceburi dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan banyak cabaran mental dan juga fizikal.   Untuk berjaya dalam dunia perniagaan, sangat penting bagi usahawan atau pemilik bisnes untuk mempunyai ilmu pengetahuan marketing.   Sebagai seorang pemilik bisnes, anda perlu melakukan persediaan yang rapi.   Ini untuk memastikan hala

Read More »
blog banner kesalahan dalam industri pemasaran digital
Business

Kesalahan Dalam Industri Pemasaran Digital

PERHATIAN buat para usahawan atau bakal usahawan sekalian yang baru nak berjinak jinak dalam dunia pemasaran digital.   Amatlah rugi sekiranya anda kehilangan bakal pelanggan hanya disebabkan oleh pemasaran yang salah.   Sekarang ni mungkin anda dah belajar macam macam teknik pemasaran digital.   Kepala anda mungkin dah penuh dengan segala teknik digital marketing yang

Read More »
FB Ads

7 Bahan Utama Untuk Hasilkan Facebook Ads Yang Lebih Converting

Cara buat Facebook Ads sangat penting bagi memastikan ads ataupun iklan yang anda buat dapat capai audiens yang lebih berkualiti. Penggunaan Facebook Ads dalam perniagaan merupakan satu peluang yang sangat besar bagi mereka yang bergelar usahawan dalam mencari target pemasaran dan sasaran audiens yang lebih sesuai dan tepat. Dalam era teknologi sekarang di mana media

Read More »
Media Sosial

Bagaimana Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan Digital Kita

Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian. Ini terutamanya, dalam aspek penglibatan pengguna dalam berinteraksi melalui dalam talian atau “online interaction” menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya.  Apa itu media sosial? Ia adalah teknologi digital interaktif yang sering

Read More »
×