Mengapa Penggunaan Grafik Penting Untuk Perniagaan Anda

Grafik terdiri daripada bahan visual yang memberi ringkasan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar.

Grafik juga boleh menjadi satu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej. Keistimewaan grafik adalah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. 

Sebenarnya, rekaan grafik mampu mempengaruhi pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran. Rekaan grafik yang berkesan mampu menghubungkan target audiens dengan perniagaan atau servis anda.

Dengan wujudnya grafik dalam perniagaan anda, ia boleh meningkatkan brand awareness dan yang paling penting, mampu meningkatkan engagement daripada followers anda. 

Memasukkan grafik dalam posting anda boleh meningkatkan jumlah likes dan juga jumlah share. Disebabkan itu, penting untuk anda memilih gambar atau karya seni yang betul dan sesuai untuk posting anda.

Reka bentuk grafik dan poster bukan sekadar imej yang cantik beserta teks. Ia juga bergantung pada maklumat yang anda ingin post. Ia adalah sangat penting untuk menggunakan gaya font, skema warna atau reka letak grafik yang bersesuain.

Persoalannya, bagaimana reka bentuk grafik boleh membantu dalam perniagaan anda? Jom baca sampai habis!

1. Menjadikan perniagaan anda kelihatan profesional

Salah satu objektif sebelum memulakan perniagaan adalah untuk memberikan imej profesional untuk jenama anda. Tidak kiralah platform apa yang anda gunakan untuk berkomunikasi dengan audiens (digital atau tradisional), mereka perlu melihat jenama perniagaan anda sebagai sebuah jenama yang profesional.

Profesionalisme akan membezakan produk dan perniagaan anda daripada jenama yang lain. Ia akan membolehkan anda untuk mendapat pelanggan baru dan menggalakkan pelanggan sedia ada untuk setia kepada produk atau perkhidmatan anda.

Bayangkan sekiranya prospek menjumpai salah satu posting di akaun media sosial anda dan pada ketika itu jenama anda tidak mempunyai logo yang menarik dan mempunyai warna yang kusam. Sudah pastinya ia akan memberikan tanggapan yang negatif kepada jenama perniagaan anda. 

Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, penggunaan grafik memainkan peranan penting untuk perniagaan anda. 

2. Menyampaikan mesej yang lebih jelas

Penggunaan grafik dalam perniagaan bukan sahaja membantu jenama anda untuk mendapat perhatian prospek ataupun bakal pelanggan anda malah, ia juga merupakan satu cara untuk menyampaikan mesej dengan cara yang paling jelas.

Rekaan grafik yang mudah seperti pilihan fon dan skema warna boleh membantu anda menyampaikan mesej dengan lebih jelas.

Anda sentiasa boleh menulis maklumat terperinci untuk memberikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan anda. Tapi, penggunaan grafik adalah lebih mudah dan berkesan.

“Seseorang manusia dapat memproses visual 60,000 kali daripada teks.”

Artikel berkaitan: Ilustrasi Dalam Pemasaran

3. Meningkatkan jualan

Reka bentuk grafik yang cantik dan berkesan akan menjadikan pelanggan berpuas hati dan ini sekaligus akan menjadikan jualan anda meningkat.

Sekiranya anda mempunyai reka bentuk grafik yang hebat, ia akan membawa kepada kepercayaan dan kredibiliti. Ia akan membantu pelanggan untuk faham dan nampak bahawa anda benar-benar serius dengan perniagaan anda. Reka bentuk grafik yang menarik pastinya akan menjadikan ia terus melekat di fikiran pelanggan dan pastinya akan diingat-ingat kembali.

Anda perlu jadikan reka bentuk grafik sebagai salah satu strategi untuk mendapatkan jualan yang berlipat kali ganda. 

Nak kami bantu untuk tingkatkan jualan perniagaan anda melalui penggunaan grafik yang kreatif dan berkualiti? Serahkan saja kepada Vennea!

Kami telah bantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan rekaan grafik yang cantik dan kreatif. Kami membantu perniagaan mereka dalam bentuk rekaan grafik yang menarik dengan tujuan untuk gandakan jualan.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

4. Membina kepercayaan

Salah satu faktor sesebuah perniagaan itu boleh pergi lebih jauh adalah kepercayaan yang tinggi daripada pelanggan kepada sesebuah jenama atau perniagaan. Tanpa kepercayaan, pelanggan anda mungkin tidak akan kekal lama. 

Mereka akan sekadar datang dan pergi tanpa khabar berita. Kepercayaan itu terbina apabila sesebuah jenama itu mempunyai rekaan grafik atau poster-poster marketing yang konsisten dan meyakinkan daripada segi penggunaan warna, susunan elemen grafik dan typography yang memberi mood berdasarkan ‘brand personality’ yang tersendiri.

Poster-poster ini tidak semestinya dimaksudkan dalam bentuk cetakan, tetapi untuk disebarkan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Peranan dan fungsi digital poster tersebut adalah tetap sama dengan yang tradisional iaitu menyampaikan mesej dan bina kepercayaan.

Poster-poster yang dihasilkan bukan sekadar untuk nampak cantik tetapi setiap pemilihan warna dan jenis font serta kandungan yang ingin dimasukkan ke dalam poster diambil kira dengan penuh teliti, teratur dan tersusun.

Dalam bahasa mudah, rekaan grafik dan marketing adalah saling memerlukan di antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini penting untuk menjadikan perniagaan anda pergi lebih jauh. First impression yang baik dapat terbina apabila sesebuah perniagaan itu sanggup berbelanja lebih untuk reka bentuk grafik untuk tujuan pemasaran perniagaan atau jenama.

5. Menghubungkan audience dengan perniagaan anda

Dengan posting yang kerap disertakan dengan rekaan grafik yang menarik, anda dengan mudahnya anda akan meningkatkan trafik ke website dan jualan anda. Sekiranya rekaan grafik anda mampu menjadikan pengguna berhenti seketika dan memberi perhatian kepada rekaan anda, anda mungkin bakal mendapat lebih banyak followers.

Profil media sosial perniagaan selalunya mempunyai nilai yang dipandang rendah yang boleh membawa keuntungan besar untuk jenama yang mereka wakili. Dilengkapi dengan grafik yang kreatif dan menarik, ia bertukar menjadi alat pemasaran yang berkuasa yang membantu anda membina perniagaan anda.

Kesimpulannya, penggunaan grafik yang baik dan konsisten dalam perniagaan anda berupaya untuk menarik perhatian pelanggan pada yang pandangan pertama. Selain itu, penggunaan grafik juga menjadikan perniagaan anda memiliki peluang yang lebih besar untuk diingati. 

Sekiranya pelanggan berminat dan suka dengan grafik anda, mereka mungkin akan kongsikannya dengan orang lain. Jadi, grafik anda akan dapat lebih banyak engagement.

Walaupun peranan grafik ini tidak sebesar atau setanding dengan instrumen pemasaran yang lain, tetapi peranan yang kecil ini juga mampu mempengaruhi sentimen dan keputusan bakal pembeli ke atas produk-produk atau servis yang ditawarkan oleh perniagaan anda.

Tanpa penggunaan grafik yang baik, sukar untuk sesebuah perniagaan itu untuk pergi lebih jauh dan mengembangkan sayap empayar perniagaannya. Hal ini kerana mesej yang disampaikan tidak dapat diterima dengan baik oleh target audiens serta imej perniagaan yang kurang meyakinkan walaupun anda mempunyai produk atau servis yang sama taraf atau jauh lebih baik daripada perniagaan yang lain.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda yang baru ingin menggunakan platform media sosial untuk bisnes anda. 

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 4 Rahsia Menjual Di Media Sosial Tanpa Sebarang Modal
  2. 5 Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda
  3. 5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :