6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

Facebook ads atau FB ads adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook.  Ia digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan latar belakang pengguna yang berbeza.

Kelebihan Facebook ads adalah anda boleh tetapkan target audience anda sendiri sesuai dengan karakteristik produk yang anda iklankan.

Facebook ads dipilih kerana statistik platform media sosial Facebook adalah seramai 24 juta pengguna.

Jumlah pengguna yang semakin hari semakin bertambah berserta teknologi jalur lebar yang tiada sempadan telah menjadikan Facebook sebagai medium marketing dan pengiklanan yang paling berkesan pada era digital ini. 

Banyak brand-brand terkemuka di Malaysia yang sudah mula menggunakan Facebook ads untuk memasarkan produk mereka. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mula iklankan produk anda di Facebook ads.

Tambahan pula Facebook ads ini tidak memerlukan penggunaan duit yang banyak.

Artikel berkaitan: Iklan-Iklan Yang FB Ads Tak Bagi Buat

Namun bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk set up Fb ads, pastinya anda tertanya-tanya kenapa kadang-kala ads anda tidak menjadi ataupun tidak convert.

Ini mungkin disebabkan anda telah melakukan beberapa kesalahan ketika setup FB ads anda. 

Berikut kami kongsikan kepada anda antara 6 kesalahan utama set up Fb Ads:

  1. Teknik marketing yang salah
  2. Gagal memahami data
  3. Penulisan iklan
  4. Tak tahu target audiens
  5. Tidak menggunakan butang boost dengan betul
  6. Perletakan iklan dan kos

1. Teknik Marketing Yang Salah

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

Sekiranya anda ingin memasarkan produk anda melalui Facebook ads, pastikan anda menggunakan cara yang betul dan berkesan. Anda perlu ingat beberapa perkara seperti:

I. Kesedaran

Menjual kepada audience yang tidak mengenali jenama atau produk anda adalah sangat sukar. Sebenarnya, penting untuk anda mengumpul followers terlebih dahulu sebelum memasarkan produk anda di Facebook ads.

Seterusnya, anda perlu mengemaskini maklumat jualan dan menjadikan bakal pelanggan (prospect) anda sebagai sasaran.

II. Tarikan

Memandangkan terdapat banyak jenama di pasaran, anda perlu mempunyai strategi untuk menarik audience untuk follow anda. Ini bergantung kepada unit selling price, value proposition dan positioning produk anda.

Perbanyakkan perkongsian tentang kelebihan produk atau perkhidmatan anda secara tersusun dan menarik.

III. Tawaran

Kebiasaannya audience akan membuat keputusan untuk membeli berdasarkan hubungan penjual dengan followers. Sekiranya anda mempunyai followers yang ramai tetapi tiada interaksi dengan mereka, ini akan mengurangkan keyakinan audience untuk membeli.

IV. Tindakan 

Ini merupakan langkah terakhir dalam pemasaran produk di Facebook ads, iaitu tawaran dalam bentuk pengiklanan. Bakal pembeli akan berinteraksi dengan anda untuk mendapatkan promosi yang anda tawarkan sebelum membuat pembelian.

2. Gagal Memahami Data

Kami pasti sesetengah daripada anda hanya faham tentang cost per engagement.

Cost per engagement adalah maklum balas audience terhadap ads yang anda lihat, termasuk gambar, komen, likes, share, dan sebagainya.

90 peratus pengguna yang menggunakan Facebook ads pastinya tidak mengetahui tentang data cost per click atau cost per impression yang perlu disemak pada bahagian custom di Facebook Ads Manager.

Data ini sebenarnya sangat penting untuk mengenal pasti sama ada kos pengiklanan anda mahal atau murah. 

Kegagalan memahami data juga merupakan punca anda tidak dapat mengoptimumkan penggunaan Facebook ads untuk menjana keuntungan.

Contohnya, kadar klik CTR (click-through rate) yang rendah biasanya disebabkan oleh iklan yang tidak menarik, atau iklan yang tidak sampai ke target audiens yang betul.

Secara dasarnya, penggunaan Facebook ads bagi pemasaran produk secara meluas merupakan satu langkah yang bijak. Walau bagaimanapun, anda perlu mempelajari kaedah yang betul supaya dapat mengoptimumkan keuntungan iklan anda.

Prinsip mudah pengiklanan di Facebook adalah, semakin tinggi objektif pengiklanan anda tercapai, semakin rendah kos iklan yang perlu anda bayar.

Namun, anda perlu menanggung kos yang lebih tinggi untuk iklan yang gagal. Jadi, untuk mengelakkan anda membayar kos yang sia-sia, pastikan anda tahu teknik yang betul untuk memastikan iklan anda mampu menarik perhatian bakal pembeli.

Artikel berkaitan: 11 Sebab Iklan di Facebook Ads Anda Gagal

3. Penulisan Iklan

Image of the text copywriting

Penulisan iklan atau copywriting adalah elemen yang sangat penting dalam pengiklanan.

Ia merupakan taktik untuk memujuk bakal pembeli agar mereka tertarik dengan iklan anda. 

Mesej dalam menghasilkan penulisan iklan mestilah mudah difahami.  Ia harus menyentuh emosi bakal pembeli.

Gunakan konsep AIDA untuk pastikan penulisan iklan anda berkesan dan meyakinkan bakal pembeli anda. 

Apakah itu elemen AIDA?

I. Attention

Anda perlu tarik perhatian audience melalui tajuk iklan yang menarik.

II. Interest

Bina minat audience untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk atau servis anda.

III. Desire

Bangkitkan keinginan audience untuk tahu lebih lanjut tentang produk atau servis anda. Anda boleh berikan testimoni-testimoni pelanggan, manfaat yang bakal pelanggan anda perolehi dan sebagainya.

IV. Action

Cara untuk bakal pembeli mengambil tindakan yang anda inginkan. Sebagai contoh WhatsApp sekarang, promosi terhad dan sebagainya.

4. Salah Target Audience Semasa Set Up FB ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

Anda kena sedar bahawa bukan semua orang akan beli produk anda. Sebelum melakukan jualan dan memberi brand awareness kepada audience, anda perlu faham terlebih dahulu proses marketing yang sebenarnya. Apabila audience anda mulai mempunyai awareness terhadap iklan yang anda buat, barulah mereka akan mula menjadi pengikut di laman Facebook dan menunjukkan minat pada iklan anda. 

Ketika ini, barulah lebih mudah untuk anda membuat jualan berbanding menjual kepada audience yang masih belum mengenali produk anda. Mengenali jenis audience juga mempengaruhi sama ada ads anda berkesan atau tidak. Terdapat empat jenis audience yang anda perlu ambil tahu iaitu:

I. Suspek

Orang yang berkemungkinan berminat dengan produk/servis anda.

II. Prospek

Orang yang berminat, tapi masih belum membeli.

III. Pembeli/pelanggan

Orang yang membeli produk anda.

IV. Klien

Pelanggan setia atau orang yang membeli produk anda yang lebih premium.

5. Tidak Menggunakan Butang Boost Dengan Betul

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

Kebanyakan pengguna yang baru set up FB ads pasti akan melakukan kesilapan ini. 

Iaitu tidak menggunakan butang boost post secara betul. Kebiasaanya teknik boost post ini digunakan bagi meningkatkan reach untuk post yang anda telah bina.

Kesalahan yang biasa pengguna baru lakukan adalah tidak menentukan target audience mengikut demografi, pekerjaan, atau tempat tinggal, serta tidak memilih perletakan iklan dengan tepat.

Ini menyebabkan iklan tidak sampai kepada target audience yang tepat.

Anda juga perlu sedar bahawa teknik boost post ini adalah agak berisiko.

Gunakan teknik ini sekiranya anda yakin post yang anda iklankan boleh ditukarkan kepada sales. Anda dinasihatkan untuk mulakan dengan bajet yang rendah.

6. Perletakan Iklan Dan Kos

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

Marketing merupakan salah satu kos yang perlu ditanggung oleh anda untuk melariskan jualan.

Pemilihan tepat perletakan iklan anda dapat mengurangkan kos iklan. Menurut sumber, iklan yang paling mahal adalah di Instagram terutama sekali jika ia disertakan dengan gambar.

Walau bagaimanapun, perletakan iklan di Instagram hanyalah sekadar bersifat perkongsian dengan pengguna.

Secara dasarnya, anda perlu bijak dalam teknik perletakan iklan agar tidak menanggung kos yang terlalu tinggi.

Image of wallet with overflowing bills

Anda dah cuba set up FB ads dan mula jalankan Facebook ads, tapi masih tak convert?

Jangan risau! Vennea ada untuk bantu!

Kami telah bantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.

Kami akan bantu setup FB ads dan jalankan Facebook ads dengan menggunakan strategi pemasaran digital yang dirancang mengikut produk dan pasaran anda.

Kami yakin dengan strategi digital yang teratur dan terancang, kami dapat membantu anda naikkan sales di Facebook.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan,klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 3 Langkah Mudah Untuk Hasilkan Copywriting Yang Proven Dan Convert
  2. Kenapa Bila Dah Dapat Sales Dan Scale Up Bajet, Iklan Kelaut?
  3. Bagaimana Nak Buat Copywriting Berkualiti Dan Convert Dalam 5 Minit

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads
Ads

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads

GIFs, atau Graphics Interchange Format, adalah jenis fail gambar yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk animasi ringan. Dalam dunia marketing, GIFs sering digunakan …

Read More →
Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda
Ads

Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda

Iklan carousel atau carousel ads adalah sejenis iklan yang boleh digunakan pada platform pengiklanan Facebook. Kelebihannya adalah ia membolehkan anda menunjukkan beberapa gambar atau video …

Read More →
Kepentingan Penggunaan 'High Quality Image' Dalam Facebook Ads Anda
Ads

Kepentingan Penggunaan ‘High Quality Image’ Dalam Facebook Ads Anda

Penggunaan imej yang berkualiti tinggi (high quality image) dalam Facebook ads adalah penting kerana ia mampu membantu menarik perhatian audience dan meningkatkan prestasi ads. Imej …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

Image of Blog Banner - 5 Sebab Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda
Media Sosial

5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

5 Sebab Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda Media sosial kini mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat kita. Apa yang menarik, terutamanya bagi usahawan dan peniaga adalah ia dapat membantu lebih ramai orang mengenali jenama anda dengan lebih dekat. Ia juga dapat memberitahu kepada orang ramai tentang kewujudan anda di alam maya. Antara platform yang

Read More »
Marketing

4 Manfaat Inbound Marketing

Inbound Marketing adalah teknik marketing untuk menarik pelanggan serta mengenali produk dan servis melalui beberapa kaedah seperti content marketing, penggunaan media sosial, Search Engine Optimization (SEO) dan penjenamaan produk/servis. “Jika ia dilakukan dengan betul, ia akan berfungsi seakan-akan magnet di mana pengguna dan produk saling tarik-menarik antara satu sama lain.” Artikel berkaitan: Apa itu “Inbound Marketing”? Jadi

Read More »
Design

5 Web Design Trends Untuk Tahun 2022

Web design trends sangat berkait rapat dengan masa hadapan oleh kerana hubungannya dengan teknologi dan digital.  Untuk web designer, anda boleh check awwwards.com di mana portfolio daripada web designer/freelance seluruh dunia ada di sini. Anda boleh dijadikan ia sebagai inspirasi. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 web design trends yang memberi impak hebat untuk

Read More »
3 Website Design That Can Get You To Get Creative
Website

3 Website Design That Can Get You To Get Creative

Creating a website for a project can be a difficult task. There is a lot of pressure to design the best digital representation for a business. Not only that, finding yourself out of ideas, is normal for any web designer. There are many reasons for this, including repetitive work, overwork, and others. New approaches are

Read More »
Marketing

5 Peringkat Market Awareness Yang Usahawan & Bisnes Owner Wajib Tahu

Market awareness adalah tahap pengetahuan atau kesedaran penggunaaan terhadap sesuatu niche produk/servis. Bila anda dah tahu kat mana peringkat atau tahap market awareness anda, anda akan dapat jalankan kempen marketing dengan lebih tepat & targeted. Apabila kempen marketing anda lebih targeted, orang akan lebih yakin dan tertarik untuk membeli dengan produk anda. Jom kami kongsikan

Read More »
Image of blog banner 3 cara hasilkan copywriting yang menarik
Copywriting

3 Langkah Mudah Hasilkan Copywriting Yang Proven Dan Convert

3 Cara Mudah Tulis Copywriting Yang Berkesan, Menggunakan USP Produk Anda   Ramai yang tanya saya,Tuan Rahim, macam mana nak tulis copywriting yang berkesan tapi paling simple?   Antara teknik copywriting yang selalu saya gunakan dalam menulis copywriting untuk klien-klien saya dan produk-produk saya adalah copywriting gaya John Carlton.   Simple je dia punya framework.

Read More »