5 Sebab Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda
Media sosial kini mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat kita. Apa yang menarik, terutamanya bagi usahawan dan peniaga adalah ia dapat membantu lebih ramai orang mengenali jenama anda dengan lebih dekat.
Ia juga dapat memberitahu kepada orang ramai tentang kewujudan anda di alam maya.
Antara platform yang sering digunakan ramai pada waktu ini ialah Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, dan Tiktok. Anda boleh manfaatkan kesemua atau salah satu platform untuk tujuan bisnes anda.
Media sosial merupakan salah satu strategi pemasaran yang amat berkesan jika diaplikasikan dengan cara yang betul.
Dengan menggunakannya sebagai salah satu platform pemasaran, anda berpotensi untuk mendapatkan prospek baru.
Dengan kehadiran lebih ramai prospek, ia juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai pengguna mula mengenal dan mempercayai brand anda.
Pemasaran melalui media sosial bukan hanya untuk pasaran tempatan sahaja, malah ia amat sesuai untuk pasaran antarabangsa juga.
Jika dilihat, bukan sahaja peniaga kecil yang menggunakannya untuk aktiviti pemasaran, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakannya sebagai pemasaran brand mereka.
Hampir semua industri telah menggunakan media sosial sebagai strategi pemasaran mereka. Ini adalah kerana, mereka sedar bahawa, ia adalah antara cara pemasaran yang terbaik pada era digital ini.
Nak tahu lebih lanjut kenapa media sosial penting untuk bisnes anda? Jom baca sampai habis.
1. Media Sosial Salah Satu Alat Promosi Paling Relevan
Media sosial hari ini bukanlah sekadar platform untuk bersosial semata-mata. Penggunaannya sudah semakin meluas.
Selain itu, ia tidak memerlukan sebarang bayaran untuk anda mempunyai akaun seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya.
Untuk bisnes pula, media sosial merupakan alat untuk anda berkomunikasi serta melakukan promosi mengenai bisnes anda kepada pelanggan dengan cara paling berkesan.
Akaun media sosial anda boleh jadi perantara antara anda dan pelanggan.
Platform media sosial boleh digunakan secara pelbagai seperti kedai maya, katalog online dan sebagainya.
2. Lebih Dekat Dengan Pelanggan Melalui Media Sosial
Ini adalah cara yang paling tepat untuk berinteraksi dan bersosial dengan pelanggan.
Lebih banyak anda berkomunikasi dengan pelanggan, lebih banyak peluang untuk anda dapatkan sales.
Anda boleh gunakan konsep komunikasi dua hala di mana kedua-dua pihak menghantar dan memberi maklumat antara satu sama lain.
Ini bertujuan untuk anda dapat tahu keinginan dan minat pelanggan anda.
Selain itu, komunikasi dan penglibatan dengan pelanggan adalah salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian mereka dan menyampaikan mesej tentang jenama anda kepada mereka.
Dengan cara ini, jenama anda akan dikenali oleh lebih ramai orang dan sekaligus akan memudahkan urusan penjenamaan anda di kemudian hari.
3. Meningkatkan brand awareness
Oleh kerana hampir separuh daripada populasi dunia kini menggunakan platform media seperti Facebook, Instagram, TikTok untuk meningkatkan brand awareness, maka amatlah rugi jika anda tidak mengambil peluang untuk dekati mereka melalui medium ini.
“60 peratus dari pengguna media sosial mengakui bahawa mereka menjumpai produk baharu yang mereka inginkan hanya melalui Instagram.”
Artikel berkaitan: Kenapa Sosial Media Amat Diperlukan Untuk Pemasaran
Terdapat 2 cara yang terbukti berkesan untuk memanfaatkan penggunaan akaun sosial media anda.
- cara berbayar
- cara organik
Untuk cara berbayar, anda akan mengeluarkan sejumlah wang untuk meningkatkan lagi brand awareness.
Contohnya seperti Facebook ads dan Instagram ads, anda akan menggunakan kedua-dua platform tersebut untuk boost content anda kepada audience dengan tujuan brand awareness yang lebih luas dan spesifik.
Untuk cara organik, ia adalah cara yang percuma tetapi, cara organik memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkan brand awareness
Anda perlu sentiasa mengemas kini profil media sosial anda.
Anda juga perlu sering memuat naik content yang kreatif dan mampu menarik minat audience untuk berinteraksi dengan anda.
Mencipta brand awareness bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Ia hanya memerlukan hala tuju, target dan strategi yang sesuai agar dapat membantu bisnes anda untuk terus berkembang.
Pemilihan strategi yang tepat dapat membantu pertumbuhan bisnes anda. Kehadiran anda sebagai usahawan mahupun peniaga di media-media ini, adalah kunci yang akan menghubungkan anda dengan audience dengan serta-merta.
4. Ambil Tahu Tentang Pesaing Anda
Anda perlu ambil tahu tentang pesaing anda untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk melangkah setapak lebih maju daripada pesaingnya.
“Mengetahui jenis pesaing yang anda ada adalah penting untuk memahami strategi pemasaran yang paling berkesan untuk perniagaan anda.”
Artikel berkaitan: 5 Sebab Perniagaan Kecantikan Malaysia Perlu Tahu Pesaing Anda
Berikut adalah 3 sebab lain kenapa anda perlu ambil tahu tentang pesaing anda:
- Memberi maklumat tentang harga mereka
- Membolehkan anda untuk belajar dari kelemahan mereka
- Mendedahkan kedudukan perniagaan mereka
5. Meningkatkan Jualan & Keuntungan
Setiap kali anda meninggalkan mesej atau komen di media sosial, ia merupakan usaha untuk meningkatkan jenama anda di kalangan followers.
Setiap kali jenama anda diingati prospek, maka lebih mudah untuk anda melakukan jualan. Anda perlu sampaikan maklumat-maklumat berguna di media sosial supaya anda dapat followers yang meminati industri perniagaan anda.
Dengan bertambahnya pelanggan anda, ia sekaligus akan meningkatkan angka keuntungan anda.
Namun, anda perlu ingat bahawa platform ini adalah tempat untuk anda bersosial. Oleh itu, anda digalakkan untuk tidak menggunakan teknik hard selling.
Soft selling (penjualan secara halus) lebih sesuai kerana followers dapat bermesra dan menjalin hubungan dengan jenama anda.
Nak kami bantu untuk tingkatkan jualan perniagaan anda melalui platform media sosial? Sudah semestinya!
Kami telah bantu ramai usahawan di luar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.
Kami membantu perniagaan mereka dalam bentuk pengiklanan dengan menerapkan strategi pemasaran digital dengan tujuan untuk gandakan jualan.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, anda boleh hubungi kami untuk sesi konsultasi percuma.
Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda yang baru ingin menggunakan platform media sosial untuk bisnes anda.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: