5 Sebab Kenapa Laman Web Penting Dalam Digital Marketing

Laman web sering disebut-sebut sebagai holy grail kepada digital marketing. Hampir semua perniagaan dinasihatkan untuk memiliki laman web agar strategi pemasaran digital atau digital marketing anda semakin efektif. 

Namun, pasti anda tertanya-tanya adakah digital marketing tidak boleh dilakukan tanpa laman web? 

Laman web atau juga dipanggil website merupakan interaksi pertama yang anda miliki dengan prospek dan pelanggan. Ia adalah tempat di mana usaha marketing anda berada secara dalam talian. 

Pada zaman teknologi di hujung jari ini, tidak dinafikan ramai usahawan telah beralih ke perniagaan online namun masih ramai yang tidak mempunyai laman web sendiri dan hanya tertumpu di media sosial sahaja. 

Ramai yang sebenarnya tidak sedar tentang kepentingan laman web terutamanya usahawan yang memerlukan platform online untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Ramai usahawan kini lebih suka menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya untuk menarik pelanggan membeli produk mereka berbanding memiliki laman web sendiri.

Hakikatnya, platform media sosial ini tidak benar-benar membantu perniagaan anda. Anda perlu bersedia sekiranya akaun media sosial anda dipadam atau dinyahaktifkan kerana sebenarnya anda hanya menumpang di platform media sosial tersebut.

Selain itu, sekiranya anda menggunakan platform pihak ketiga seperti marketplace atau sosial media, terdapat limitasi yang diberikan, contohnya anda tidak boleh melihat dari mana sumber trafik audiens akaun sosial media marketplace anda.

Perniagaan anda akan menjadi lebih efektif dan berjaya sekiranya anda memiliki laman web sendiri. Anda boleh menggunakan trafik dari platform media sosial dan bawa ke laman web anda sendiri. 

Sekiranya anda ingin membina sebuah laman web, anda harus melihatnya sebagai sebuah “kedai” yang sentiasa terbuka. “Kedai” ini akan beroperasi siang dan malam, membantu mempromosikan perniagaan anda dan melayan prospek serta pelanggan yang sedia ada. 

Dalam laman web tersebut, anda boleh menceritakan tentang bisnes yang anda jalankan, perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bisnes anda. Ini sedikit sebanyak akan memudahkan bakal pelanggan anda. 

“Anda juga boleh dapatkan khidmat pembangun laman web yang dipercayai sebagai satu pelaburan bijak dan kos efektif demi kebaikan kerjaya, perniagaan dan memperkasa landasan pemasaran yang strategik.”

Artikel berkaitan: Kepentingan Laman Web Untuk Bisnes Dan Pemasaran

Jadi, seberapa penting laman web untuk perniagaan anda? Bagaimanakah laman web boleh membantu branding perniagaan anda?

Berikut kami kongsikan 5 sebab kenapa  penting untuk perniagaan anda.

1. Menambah keyakinan pelanggan

Pada era digital ini, mendapat kepercayaan pelanggan bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai jenis penipuan boleh berlaku dalam urusan jual beli dalam talian yang membuatkan pelanggan ragu-ragu untuk meneruskan pembelian.

Walau bagaimanapun, keraguan tersebut boleh diatasi apabila anda memiliki laman web yang sah dengan ciri-ciri keselamatan untuk melindungi data pelanggan. laman web juga boleh menguatkan lagi keyakinan pelanggan apabila mereka mencari perniagaan anda menerusi akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain platform media sosial.

Selain itu, sekiranya laman web perniagaan anda mempunyai ciri dan navigasi yang efektif, prospek mahupun pelanggan pastinya akan mempercayai perniagaan dan sekaligus memanfaatkan perkhidmatan yang anda tawarkan. Laman web adalah alat penting dalam perniagaan untuk membangun kredibiliti dan membina kepercayaan pelanggan. 

Bukan itu sahaja, dengan memiliki laman web sendiri, ia akan menjadikan pelanggan lebih mudah untuk membuat carian mengenai perniagaan anda. Pelanggan anda tidak perlu lagi melawat dan pergi ke premis perniagaan fizikal anda, tetapi mereka hanya perlu lawati laman web  anda sahaja. 

2. Meningkatkan brand awareness

Dengan adanya laman web untuk perniagaan, secara tidak langsung anda telah menyenaraikan perniagaan anda dalam enjin carian seperti Google. Ia membantu meningkatkan brand awareness perniagaan anda secara meluas di internet.

SEO (Search Engine Optimisation) adalah antara strategi untuk membantu peningkatan trafik ke laman web anda. SEO berfungsi untuk mengoptimumkan laman web anda untuk mendapat carian tertinggi. Semakin tinggi ranking anda dalam hasil carian, semakin tinggi potensi laman web anda untuk mendapat trafik.

“Ia merupakan satu kelebihan kepada perniagaan anda agar ia lebih cepat diketahui di internet. Ia akan bakal menarik bakal pelanggan berpusu-pusu untuk mengetahui apa yang anda jual.”

Artikel berkaitan: Ketahui 6 Kepentingan laman web Untuk Bisnes Anda

Untuk pengetahuan, enjin carian adalah lebih efektif daripada pengiklanan. Ini kerana, konsep pengiklanan adalah memberitahu sesuatu perkara yang bermanfaat kepada bakal pelanggan atau prospek. Manakala enjin carian adalah prospek itu sendiri yang menginginkan sesuatu yang ditawarkan oleh anda atau kata lain mereka yang mencari anda.

Dengan wujudnya laman web dalam perniagaan, anda akan dapat pelanggan yang benar-benar berminat dengan produk dan servis anda. Anda dah tak perlu lagi untuk lakukan iklan berbayar di Facebook Ads semata-mata untuk mencari pelanggan. Dengan kaedah SEO ini, pelanggan yang akan datang mencari anda.

3. Meningkatkan jualan

Increase company sales concept. Businessman plan sales growth.

Kewujudan di ruang digital seperti enjin carian sememangnya menjadi kewajipan sekiranya anda serius dalam membangunkan perniagaan. Ia membantu dalam pelbagai aspek pemasaran dan prospek jangka panjang jika ia dimanfaatkan sebaiknya. 

Laman web yang bagus dan sering dikemas kini akan membawa pelanggan yang lebih ramai. Pelanggan yang ramai pula akan menyebabkan lebih banyak jualan terhasil. Dengan adanya laman web sendiri, anda berpeluang untuk menggandakan pelanggan dan jualan anda.

4. Dapat kumpul database pelanggan

Laman web perniagaan anda juga boleh dijadikan pusat pengumpulan maklumat pelanggan. Dengan wujudnya laman web, anda boleh kumpul maklumat pelanggan anda dan masukkan ke dalam sebuah database pelanggan.

Data merupakan strategi penting untuk sesebuah bisnes agar boleh kekal bersaing.

Dengan adanya database pelanggan ini, anda boleh menghantar maklumat berkaitan produk terbaru anda, promosi serta tawaran menarik kepada pelanggan. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menghargai pelanggan sedia ada, selain bisnes anda berpeluang untuk mendapat pelanggan baru. 

Selain itu, laman web juga boleh dijadikan saluran online untuk pelanggan anda mendapat maklumat tentang produk serta promosi terkini. 

5. Lebih menjimatkan masa

Usahawan dan peniaga yang bijak adalah mereka yang tahu menguruskan masa dan risiko dalam perniagaannya. 

Dengan memiliki laman web, ia dapat diakses oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja, dan pada bila-bila masa. Pelanggan boleh log masuk ke laman web anda dan menjalankan urusan jual beli dengan anda.

Walaupun pada waktu bukan perniagaan, pelanggan dapat mengakses laman web anda dan memanfaatkan perkhidmatan anda atau mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.

Perlukan laman web atau sales page untuk perniagaan anda? 

Biar Vennea bantu. Kami telah bantu ramai usahawan di luar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan beserta salespage yang berkualiti.

Kami akan menghasilkan sales page dengan menggunakan strategi pemasaran digital yang dirancang mengikut produk dan pasaran anda. Kami yakin dengan strategi digital yang teratur dan terancang, kami akan dapat bantu anda naikkan sales anda.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya anda memiliki laman web sendiri terutamanya dalam digital marketing. Sebenarnya, mempunyai laman web sendiri akan menjadikan perniagaan anda lebih maju setapak berbanding pesaing-pesaing anda. Pelanggan anda juga akan lebih mudah untuk menemui perniagaan anda. 

Selain itu, kami pasti sebahagian besar transaksi bisnes anda didapatkan dengan bergantung kepada digital marketing. Dengan adanya laman web, maka potensi dari strategi pemasaran anda akan jadi lebih lengkap.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat terutamanya buat usahawan dan peniaga untuk memajukan lagi perniagaan anda. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 6 Perkara Penting Yang Perlu Ada Pada Website Anda
  2. 5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda
  3. 6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :