6 Rahsia Nak Dapat Idea Buat Content Di Media Sosial

Perkara yang paling mahal dalam sesebuah content adalah idea. Anda perlu tahu bahawa untuk mendapatkan sesebuah content media sosial yang menarik dan engaging bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, sudah ramai pengguna dan juga pesaing di media sosial yang sudah semakin bijak dan pandai menghasilkan content yang engaging untuk mempromosikan produk, jenama mahupun perniagaan mereka. 

Ini adalah kerana, content yang baik akan membantu meningkatkan penjualan dan mengekalkan pelanggan bisnes anda. Jika pelanggan anda suka dengan content anda, pelanggan anda akan sentiasa engage dengan profil anda sama ada di Instagram atau Facebook mahupun Tiktok.

Persoalannya, dari mana dan bagaimana cara mereka mendapat idea untuk menghasilkan content di media sosial? Bagaimana sekiranya seseorang itu ketandusan idea untuk menghasilkan sesuatu content? Jangan risau! Kami akan senaraikan kepada anda 6 rahsia nak dapat idea buat content di media sosial.

1. Lihat media sosial pesaing

Adakah dengan melihat content pesaing bermaksud anda meniru mereka? Semestinya tidak! Dengan melihat content mereka, anda akan mendapat idea untuk menghasilkan content yang lebih menarik. Anda secara tidak langsung sedang menggunakan konsep “tiruvasi”.

Tiruvasi adalah gabungan tiru dan inovasi. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, anda tidak boleh lari dari kesilapan dan kegagalan tidak kira kecil ataupun besar. Namun, anda boleh mengurangkan kesilapan anda dengan meniru tindakan dan cara orang yang telah berjaya.

Tiruvasi yang baik adalah apabila anda dapat menambah baik produk atau perkhidmatan anda dengan berpandukan perniagaan yang telah berjaya. Namun, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil idea content tersebut bulat-bulat. Sebaliknya, ambil idea yang bagus sahaja dan aplikasikan dalam perniagaan anda dan sesuaikan dengan content anda. 

Di sini, anda menjadikan media sosial pesaing sebagai rujukan. Selain mendapatkan idea, anda juga secara tidak langsung akan dapat tahu content apa yang gagal mencatatkan engagement yang tinggi. Dengan ini, anda tidak perlu bazirkan masa untuk tampil dengan content sedemikian rupa.

2. Gunakan keyword

Anda boleh membuat carian di mana-mana laman sosial menggunakan keyword penting yang mencerminkan produk atau bisnes anda. Dengan ini, anda boleh dapat idea berdasarkan apa yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna yang lain.

Bukan itu sahaja, anda boleh membuat carian menggunakan nama produk anda sebagai keyword. 

Semak setiap satu daripada mereka untuk mendapatkan idea tentang perkara yang menjadi bualan dalam bidang anda. Anda mungkin akan menemui feedback daripada pelanggan yang pernah mencuba produk anda. Review daripada mereka juga boleh digunakan sebagai content di media sosial anda.

3. Tanya audiens

Rahsia yang ketiga untuk anda nak dapat idea buat content di media sosial adalah dengan bertanyakan kepada audiens. Anda boleh menggunakan ciri Questions di Instagram Story untuk bertanyakan content apa yang mereka inginkan. Atau anda juga boleh minta audiens untuk komen cadangan mereka di ruangan komen di platform media sosial anda.

Dengan ini, anda bukan sahaja akan mendapat banyak idea tetapi anda juga mampu menghasilkan content yang relevan dan sudah tentunya akan mencatat engagement yang tinggi kerana ia bersesuaian dengan minat audiens.

4. Testimoni pelanggan

Selain itu, anda juga boleh menjadikan testimoni pelanggan sebagai salah satu content di media sosial. Iklan testimoni daripada pelanggan sebenar dan sedia ada ini secara tidak langsung akan dapat bantu audiens untuk buat keputusan membeli produk atau servis anda.

Testimoni adalah alat cerita yang bagus untuk dijadikan iklan. Jika sebelum ini, anda sudah mempunyai pelanggan, sepatutnya ia akan lebih mudah.

5. Content idea generator tools

Di zaman digital marketing ketika ini, terdapat pelbagai jenis tools yang memudahkan anda untuk dapat idea menghasilkan content. Kesemua tools ini digunakan untuk banyak perkara, khususnya untuk meningkatkan kualiti SEO dan mendapat lebih banyak trafik.

Antara contoh idea generator tools yang anda boleh gunakan adalah:

1. AnswerThePublic

2. Answer Socrates

3. AlsoAsked

Dengan menggunakan idea generator tools ini, anda boleh memasukkan keyword yang berkaitan dengan bisnes anda dan ia akan menunjukkan carian topik-topik atau soalan-soalan yang pengguna lain buat. Anda boleh menggunakan carian mereka sebagai content di media sosial.

Dengan cara ini, content anda juga akan menjadi relevan kerana ia menjawab persoalan yang berlegar di fikiran audiens. Content yang menjawab pertanyaan audiens ini adalah lebih baik daripada content yang syok sendiri kerana audiens belum tentu akan tertarik untuk melihatnya.

6. Kongsikan mengenai “behind the scene”

Jenis content ini kebiasaannya menunjukkan sisi bisnes anda yang tak diketahui orang. Content ini lebih kepada memberitahu tentang apa yang terjadi di sebalik tabir dalam bisnes anda.

Ceritakan kemeriahan team produksi dan bagaimana anda bekerjasama dengan team untuk hasilkan produk terbaik kepada pelanggan anda. Usahakan supaya content behind the scene ini tidak dibuat-buat agar boleh memberikan kesan original di mata pelanggan.

Kesimpulannya, jangan sesekali berputus asa atau berhenti menulis apabila anda kehabisan idea untuk menghasilkan content. Praktiskan tips-tips yang kami kongsikan di atas setiap kali anda mengalami writer’s block.

Tak tahu dari mana nak mula untuk cari idea? Jangan risau! Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. 

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam digital marketing, Vennea merupakan pakar dalam pengurusan media sosial anda. Kami bukan sahaja akan menyediakan copywriting dan design yang menarik pelanggan, malah kami akan bantu uruskan media sosial anda agar lebih ‘up-to-date’ dan diselaraskan dengan trend terkini.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda
  2. 4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing
  3. 5 Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Design

Mengapa Penggunaan Grafik Penting Untuk Perniagaan Anda

Grafik terdiri daripada bahan visual yang memberi ringkasan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar. Grafik juga boleh menjadi satu …

Read More →
Website

5 Sebab Kenapa Laman Web Penting Dalam Digital Marketing

Laman web sering disebut-sebut sebagai holy grail kepada digital marketing. Hampir semua perniagaan dinasihatkan untuk memiliki laman web agar strategi pemasaran digital atau digital marketing …

Read More →
Ads

Facebook Ads: 3 Struktur Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Ads

Kami pasti masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana struktur Facebook ads boleh membantu convert lebih banyak trafik kepada jualan dan membina jenama anda pada …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You will love to read these

Featured Image of 6 Perkara Penting Buat Website
Business

6 Perkara Penting Yang Perlu Ada Pada Website Anda

Ramai yang ingin buat website sendiri sebab nak jimat kos, tak perlu upah web designer. Tapi selalunya website tu tak mampu untuk bertahan lama.  Semakin lama semakin sendu akibat tiada yang berkunjung .   Sebabnya? Cara dan penyusunan yang kurang betul.   Saya akan kongsikan 6 perkara penting yang perlu ada kalau anda nak buat

Read More »
Ads

Facebook Ads: 3 Struktur Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Ads

Kami pasti masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana struktur Facebook ads boleh membantu convert lebih banyak trafik kepada jualan dan membina jenama anda pada jangka masa panjang. Melalui artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda 3 struktur yang anda perlu tahu sebelum menjalankan Facebook ads.  Untuk pengetahuan, Facebook ads adalah salah satu platform marketing

Read More »
Business

7 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Marketing

Elakkan 7 Perkara Ini Dalam Marketing Menceburi dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan banyak cabaran mental dan juga fizikal.   Untuk berjaya dalam dunia perniagaan, sangat penting bagi usahawan atau pemilik bisnes untuk mempunyai ilmu pengetahuan marketing.   Sebagai seorang pemilik bisnes, anda perlu melakukan persediaan yang rapi.   Ini untuk memastikan hala

Read More »
Design

Mengapa Penggunaan Grafik Penting Untuk Perniagaan Anda

Grafik terdiri daripada bahan visual yang memberi ringkasan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar. Grafik juga boleh menjadi satu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej. Keistimewaan grafik adalah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza.  Sebenarnya,

Read More »
Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda
Marketing

5 Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda

Media sosial merupakan teknologi berasaskan komputer yang memudahkan perkongsian idea, pemikiran, dan maklumat melalui pembinaan rangkaian maya dan komuniti.   Media sosial yang berasaskan internet ini telah memberikan pengguna komunikasi elektronik yang cepat tentang kandungan seperti maklumat peribadi, dokumen, video, dan foto.   Kebiasaannya, media sosial ini digunakan melalui komputer, tablet, atau telefon pintar melalui

Read More »
×