Rahsia Menjual Di Media Sosial Tanpa Sebarang Modal

4 Rahsia Menjual Di Media Sosial Tanpa Sebarang Modal

Penggunaan Media Sosial 

Menurut kajian, penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia purata lima jam empat puluh tujuh minit sehari di media sosial. 

 

Pandemik COVID-19 membawa amalan baharu secara dalam talian dalam kehidupan dan aktiviti masyakarat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini.

 

Sumber dari BHarian.com.my

 

Hari ini, sosial media atau media sosial adalah salah satu alat pemasaran yang paling berpengaruh dalam membantu perniagaan mencari prospek baru.

 

Ia bakal meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelanggan tentang jenama anda.

 

Di media sosial, anda boleh mempromosikan perniagaan atau produk anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

 

Jualan di media sosial jika dilakukan dengan betul, berpotensi meningkatkan keuntungan perniagaan dan mengembangkan audiens anda.

 

Dengan memanfaatkan platform media sosial, anda boleh memasarkan produk anda tanpa mengeluarkan sebarang kos iklan.

 

Nak tahu macam mana? Jom baca sampai habis.

 

4 Rahsia Menjual Dan Promosi Media Sosial Tanpa Sebarang Modal

Rahsia Menjual Di Media Sosial Tanpa Sebarang Modal

1. Gunakan Teknik Soft-Selling Untuk Promosi Di Media Sosial

 

Soft selling merupakan teknik penjualan bertekanan rendah dan halus. Teknik ini mungkin tidak akan menghasilkan sales untuk kali pertama produk anda dipromosikan.

 

Ia hanyalah bertujuan membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi.

 

Soft selling memfokuskan kepada membina hubungan dua hala dengan pelanggan menerusi pendekatan yang lebih mesra melalui platform media sosial.

 

Dalam jangka masa panjang, ia akan membantu mendorong sales untuk kembali berulang.

 Soft selling tidak lah nampak seperti anda sedang menjual

 

Ia sangat berkait rapat dengan penjenamaan. Teknik ini sebenarnya digunakan untuk membangkitkan curiosity atau sifat ingin tahu mereka yang ternampak akaun anda di dalam newsfeed mereka.

 

Semakin ramai orang mengenali jenama anda, semakin mudah untuk anda nak tarik pelanggan. Ini salah satu sebab pemasaran online menggunakan media sosial lebih digemari ramai usahawan muda hari ini.

 

Namun anda perlu sedar bahawa bukan semua orang akan terus membeli produk anda kali pertama mereka mengenalinya

 

Teknik ini sbenarnya digunakan untuk membangkitkan curiosity atau sifat ingin tahu mereka yang melihat atau membaca ayat iklan anda.

 

 

2. Perbanyakkan Interaksi Dengan Audien Di Sosial Media

Setiap perniagaan perlu fokus kepada interaksi dengan audiens. Anda perlu sedar, tujuan media sosial adalah sebagai medium untuk bersosial. Teknik ini sangat penting bagi pemasaran di media sosial kerana engagement akan melonjak naik jika terdapat interaksi di post anda. Anda boleh gunakan pendekatan ini untuk berinteraksi dengan audiens. Pastikan anda tidak dilihat terlalu menjual apabila berinteraksi dengan audiens. 

 

Selain itu, anda juga perlu reply dan respons dengan segera kepada pelanggan anda. Jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu. Secara logiknya, pelanggan akan rasa berminat untuk membeli dengan anda kalau anda berikan respons dengan cepat.

 

Tahukah anda?

 

Semakin cepat anda membalas komen mereka, semakin baik respons yang anda akan terima daripada pelanggan. Ini akan memberikan pelanggan anda tanggapan yang baik terhadap jenama anda. 

 

Membalas dan memberi komen pada post atau wall anda akan membantu meningkatkan pengaruh jenama anda di platform media sosial dan memastikan followers anda untuk sentiasa engage dengan anda. Terutamanya apabila anda mempunyai content yang menghiburkan.

 

Walaupun team anda melakukan tugas yang sangat baik dalam menjawab pertanyaan dan memberi respons kepada pelanggan, tetapi ia tidak mencukupi sekiranya pelanggan anda tidak gembira dan berpuas hati.

 

3. Hasilkan Content Yang Berkualiti

Image various social medias on mobile

 

Content atau kandungan adalah cara untuk tunjukkan nilai produk atau bisnes anda kepada pelanggan menggunakan video, gambar, penulisan dan sebagainya. 

 

Anda perlu sentiasa menghasilkan content yang menarik dan berkualiti agar pelanggan anda akan sentiasa engage dengan profil anda sama ada di Instagram atau Facebook mahupun di platform media sosial yang lain.

“Nak hasilkan content yang bagus tidak lah susah, ia merupakan kemahiran yang anda boleh belajar dan apa yang anda perlukan cuma asas yang betul.”

 

Baca artikel berkaitan:

  1. 5 Tips Hasilkan Konten Yang Menarik Dan Berkualiti Untuk Tarik Lebih Ramai Pelanggan
  2. Tip tip pemasaran di Facebook

 

Anda perlu buat perancangan atau content planner dan content calendar untuk pastikan content yang anda keluarkan menarik perhatian pengguna.. Anda boleh pilih untuk berkongsi tentang apa-apa sahaja. Walau bagaimanapun, anda harus mementingkan faktor kualiti content tersebut. 

 

Followers tidak gemar melihat atau membaca content yang tidak berkualiti dan tidak membawa apa-apa manfaat dan daya tarikan dan di sinilah copywriting dan visual memainkan peranan yang penting. Kedua-dua elemen penting ini mampu menaikkan jualan anda di media sosial.

 

Berikut adalah 3 tips untuk anda hasilkan content yang menarik untuk media sosial anda:

  1. Content anda perlulah jelas, ringkas dan fokus
  2. Pastikan content anda relatable dengan semua orang
  3. Berikan penyelesaian kepada masalah audiens

 

Anda boleh senaraikan idea yang terlintas di fikiran anda dan pilih idea yang paling sesuai dengan produk atau servis anda. Anda boleh pilih untuk buat posting 3 kali seminggu atau sepanjang minggu bergantung kepada objektif anda.   

 

Anda perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan content yang followers anda suka dan menjadikan mereka kekal untuk follow anda. Sekiranya anda kerap post gambar untuk mempromosikan produk anda, lama kelamaan followers anda akan berasa bosan. 

 

Ketika sedang menghasilkan content, fikirkan tentang audiens anda. Apa yang mereka suka baca dan apa yang bermanfaat untuk mereka. Dengan membuat kajian content yang followers anda suka, ia akan membantu anda untuk membuat content yang bermanfaat dan pada masa yang sama ia juga boleh menarik minat mereka untuk menjadi pelanggan anda.

 

Perkara yang paling penting adalah anda perlu pastikan content yang anda hasilkan adalah original, menghiburkan, dan sesuai dengan keperluan followers anda. 

 

Nak kami bantu anda hasilkan content yang berkualiti?

 

Kami telah bantu ramai usahawan di luar sana meningkatkan hasil jualan mereka. Kami bantu dan menyiapkan content serta iklan yang kreatif dan berkualiti.

 

Kami juga boleh membantu perniagaan anda  dan memastikan anda mendapat hasil jualn yang sama atau yang lebih baik dari pesaing anda. 

 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, hubungi kami di sini untuk sesi konsultasi bersama pakar pemasaran kami. 

 

 

4. Memanfaatkan Ciri-Ciri (features) Untuk Promosi Media Sosial Anda

Image of Instagram Reel on Mobile

 

Tidak dinafikan platform media sosial mempunyai banyak ciri atau features yang anda boleh gunakan untuk mencipta content yang menarik, segar dan unik untuk followers di media sosial anda.

 

Antara ciri-ciri di media sosial yang anda boleh manfaatkan untuk promosi media sosial anda di Instagram ialah

  • Instagram Highlights
  • Live On Instagram
  • Instagram Reels

 

Instagram Highlights

Gunakan Instagram Highlights untuk mempromosikan produk baru anda agar dapat memudahkan followers anda mencari semula story tersebut. Ini kerana Instagram Story hanya akan kekal selama 24 jam.

 

Ini adalah kaedah terbaik untuk menyimpan content anda dan menonjolkan perkara yang anda mahu audiens anda ambil perhatian. Instagram Highlights yang sesuai adalah seperti promosi produk, testimoni, Q&A, dan sebagainya.

 

Live On Instagram

 

Image of Instagram Live Logo

Mengadakan siaran langsung atau live dapat memberi kesan yang berbeza kepada page media sosial anda. 

 

Ini merupakan cara pemasaran produk di media sosial yang amat popular sekarang kerana trend video semakin meningkat dalam kalangan pengguna di media sosial.

 

Anda hanya perlukan smartphone dengan kamera yang canggih untuk membuat video Facebook atau Instagram Live pertama anda.

 

Instagram dan Tik Tok Reels

Image of Tiktok on Mobile

Instagram telah melancarkan fungsi terbaharu mereka yang dikenali sebagai Reels.

 

Menariknya tentang fungsi ini adalah ia dikhabarkan mempunyai kelebihan yang hampir sama dengan aplikasi TikTok.

 

Peralihan ini sememangnya akan memberi kesan yang besar kepada pengguna platform di sosial media.

Anda harus merebut peluang ini dan memanfaatkannya sepenuhnya

 

Tiktok dan Instagram reels ternyata mempunyai banyak ciri yang dapat anda gunakan secara kreatif.

 

Artikel berkaitan: 5 Cara nak Tingkatkan Content Marketing Media Sosial Anda

 

Manfaatkan peluang yang ada hari ini dengan empat tips yang kami kongsikan ini dan perhatikan bagaimana perniagaan anda berkembang hanya dengan promosi di sosial media.

 

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 5 Strategi Untuk Naikkan Sales Facebook Anda
  2. 6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda
  3. 4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Ads

5 Online Tools Yang Akan Memudahkan Kerja Google Ads Anda

Google Ads merupakan pengiklanan berbayar di platfom Google seperti YouTube, Google Search Page, dan banyak lagi. Berikut kami senaraikan 5 online tools yang akan memudahkan …

Read More →
Design

5 Design Trends Yang Boleh Ubah Strategi Marketing Anda

Design trend yang menarik akan dapat meningkatkan identiti dan strategi marketing anda. Tujuannya adalah untuk memberikan maklumat, menyampaikan mesej atau meyakinkan audiens melalui gabungan imej, …

Read More →
Business

Dropship vs Affiliate

Ramai sebenarnya daripada kita yang memiliki modal kecil tetapi tak sabar nak buat bisnes dan tak sabar nak pegang gelaran founder.  Dalam artikel kali ini …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You will love to read these

Media Sosial

6 Rahsia Nak Dapat Idea Buat Content Di Media Sosial

Perkara yang paling mahal dalam sesebuah content adalah idea. Anda perlu tahu bahawa untuk mendapatkan sesebuah content media sosial yang menarik dan engaging bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, sudah ramai pengguna dan juga pesaing di media sosial yang sudah semakin bijak dan pandai menghasilkan content yang engaging untuk mempromosikan produk, jenama mahupun perniagaan mereka. 

Read More »
Website

5 Sebab Kenapa Laman Web Penting Dalam Digital Marketing

Laman web sering disebut-sebut sebagai holy grail kepada digital marketing. Hampir semua perniagaan dinasihatkan untuk memiliki laman web agar strategi pemasaran digital atau digital marketing anda semakin efektif.  Namun, pasti anda tertanya-tanya adakah digital marketing tidak boleh dilakukan tanpa laman web?  Laman web atau juga dipanggil website merupakan interaksi pertama yang anda miliki dengan prospek

Read More »
Ads

5 Online Tools Yang Akan Memudahkan Kerja Google Ads Anda

Google Ads merupakan pengiklanan berbayar di platfom Google seperti YouTube, Google Search Page, dan banyak lagi. Berikut kami senaraikan 5 online tools yang akan memudahkan kerja Google Ads anda. 1. Keyword Planner Tools ini akan memudahkan anda untuk tahu volume keyword tertentu. Bukan itu sahaja, anda boleh kenal pasti competition dan trend ketika ini. Tools

Read More »
Website

5 Jenis Platform Yang Mudah Untuk Bina Website Pertama Anda

Mewujudkan sebuah website pada zaman teknologi ini adalah sangat mudah. Ini kerana, realiti hari ini telah banyak platform yang menawarkan pelan untuk bantu anda buat website dengan sendiri untuk bisnes online dan perniagaan anda. Oleh kerana ia dihoskan pada cloud, anda tidak perlu risau tentang kapasiti web. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5

Read More »
Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda
Marketing

5 Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda

Media sosial merupakan teknologi berasaskan komputer yang memudahkan perkongsian idea, pemikiran, dan maklumat melalui pembinaan rangkaian maya dan komuniti.   Media sosial yang berasaskan internet ini telah memberikan pengguna komunikasi elektronik yang cepat tentang kandungan seperti maklumat peribadi, dokumen, video, dan foto.   Kebiasaannya, media sosial ini digunakan melalui komputer, tablet, atau telefon pintar melalui

Read More »
×