Mengapa Penggunaan Grafik Penting Untuk Perniagaan Anda

Grafik terdiri daripada bahan visual yang memberi ringkasan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar.

Grafik juga boleh menjadi satu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej. Keistimewaan grafik adalah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. 

Sebenarnya, rekaan grafik mampu mempengaruhi pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran. Rekaan grafik yang berkesan mampu menghubungkan target audiens dengan perniagaan atau servis anda.

Dengan wujudnya grafik dalam perniagaan anda, ia boleh meningkatkan brand awareness dan yang paling penting, mampu meningkatkan engagement daripada followers anda. 

Memasukkan grafik dalam posting anda boleh meningkatkan jumlah likes dan juga jumlah share. Disebabkan itu, penting untuk anda memilih gambar atau karya seni yang betul dan sesuai untuk posting anda.

Reka bentuk grafik dan poster bukan sekadar imej yang cantik beserta teks. Ia juga bergantung pada maklumat yang anda ingin post. Ia adalah sangat penting untuk menggunakan gaya font, skema warna atau reka letak grafik yang bersesuain.

Persoalannya, bagaimana reka bentuk grafik boleh membantu dalam perniagaan anda? Jom baca sampai habis!

1. Menjadikan perniagaan anda kelihatan profesional

Salah satu objektif sebelum memulakan perniagaan adalah untuk memberikan imej profesional untuk jenama anda. Tidak kiralah platform apa yang anda gunakan untuk berkomunikasi dengan audiens (digital atau tradisional), mereka perlu melihat jenama perniagaan anda sebagai sebuah jenama yang profesional.

Profesionalisme akan membezakan produk dan perniagaan anda daripada jenama yang lain. Ia akan membolehkan anda untuk mendapat pelanggan baru dan menggalakkan pelanggan sedia ada untuk setia kepada produk atau perkhidmatan anda.

Bayangkan sekiranya prospek menjumpai salah satu posting di akaun media sosial anda dan pada ketika itu jenama anda tidak mempunyai logo yang menarik dan mempunyai warna yang kusam. Sudah pastinya ia akan memberikan tanggapan yang negatif kepada jenama perniagaan anda. 

Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, penggunaan grafik memainkan peranan penting untuk perniagaan anda. 

2. Menyampaikan mesej yang lebih jelas

Penggunaan grafik dalam perniagaan bukan sahaja membantu jenama anda untuk mendapat perhatian prospek ataupun bakal pelanggan anda malah, ia juga merupakan satu cara untuk menyampaikan mesej dengan cara yang paling jelas.

Rekaan grafik yang mudah seperti pilihan fon dan skema warna boleh membantu anda menyampaikan mesej dengan lebih jelas.

Anda sentiasa boleh menulis maklumat terperinci untuk memberikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan anda. Tapi, penggunaan grafik adalah lebih mudah dan berkesan.

“Seseorang manusia dapat memproses visual 60,000 kali daripada teks.”

Artikel berkaitan: Ilustrasi Dalam Pemasaran

3. Meningkatkan jualan

Reka bentuk grafik yang cantik dan berkesan akan menjadikan pelanggan berpuas hati dan ini sekaligus akan menjadikan jualan anda meningkat.

Sekiranya anda mempunyai reka bentuk grafik yang hebat, ia akan membawa kepada kepercayaan dan kredibiliti. Ia akan membantu pelanggan untuk faham dan nampak bahawa anda benar-benar serius dengan perniagaan anda. Reka bentuk grafik yang menarik pastinya akan menjadikan ia terus melekat di fikiran pelanggan dan pastinya akan diingat-ingat kembali.

Anda perlu jadikan reka bentuk grafik sebagai salah satu strategi untuk mendapatkan jualan yang berlipat kali ganda. 

Nak kami bantu untuk tingkatkan jualan perniagaan anda melalui penggunaan grafik yang kreatif dan berkualiti? Serahkan saja kepada Vennea!

Kami telah bantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan rekaan grafik yang cantik dan kreatif. Kami membantu perniagaan mereka dalam bentuk rekaan grafik yang menarik dengan tujuan untuk gandakan jualan.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

4. Membina kepercayaan

Salah satu faktor sesebuah perniagaan itu boleh pergi lebih jauh adalah kepercayaan yang tinggi daripada pelanggan kepada sesebuah jenama atau perniagaan. Tanpa kepercayaan, pelanggan anda mungkin tidak akan kekal lama. 

Mereka akan sekadar datang dan pergi tanpa khabar berita. Kepercayaan itu terbina apabila sesebuah jenama itu mempunyai rekaan grafik atau poster-poster marketing yang konsisten dan meyakinkan daripada segi penggunaan warna, susunan elemen grafik dan typography yang memberi mood berdasarkan ‘brand personality’ yang tersendiri.

Poster-poster ini tidak semestinya dimaksudkan dalam bentuk cetakan, tetapi untuk disebarkan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Peranan dan fungsi digital poster tersebut adalah tetap sama dengan yang tradisional iaitu menyampaikan mesej dan bina kepercayaan.

Poster-poster yang dihasilkan bukan sekadar untuk nampak cantik tetapi setiap pemilihan warna dan jenis font serta kandungan yang ingin dimasukkan ke dalam poster diambil kira dengan penuh teliti, teratur dan tersusun.

Dalam bahasa mudah, rekaan grafik dan marketing adalah saling memerlukan di antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini penting untuk menjadikan perniagaan anda pergi lebih jauh. First impression yang baik dapat terbina apabila sesebuah perniagaan itu sanggup berbelanja lebih untuk reka bentuk grafik untuk tujuan pemasaran perniagaan atau jenama.

5. Menghubungkan audiens dengan perniagaan anda

Dengan posting yang kerap disertakan dengan rekaan grafik yang menarik, anda dengan mudahnya anda akan meningkatkan trafik ke website dan jualan anda. Sekiranya rekaan grafik anda mampu menjadikan pengguna berhenti seketika dan memberi perhatian kepada rekaan anda, anda mungkin bakal mendapat lebih banyak followers.

Profil media sosial perniagaan selalunya mempunyai nilai yang dipandang rendah yang boleh membawa keuntungan besar untuk jenama yang mereka wakili. Dilengkapi dengan grafik yang kreatif dan menarik, ia bertukar menjadi alat pemasaran yang berkuasa yang membantu anda membina perniagaan anda.

Kesimpulannya, penggunaan grafik yang baik dan konsisten dalam perniagaan anda berupaya untuk menarik perhatian pelanggan pada yang pandangan pertama. Selain itu, penggunaan grafik juga menjadikan perniagaan anda memiliki peluang yang lebih besar untuk diingati. 

Sekiranya pelanggan berminat dan suka dengan grafik anda, mereka mungkin akan kongsikannya dengan orang lain. Jadi, grafik anda akan dapat lebih banyak engagement.

Walaupun peranan grafik ini tidak sebesar atau setanding dengan instrumen pemasaran yang lain, tetapi peranan yang kecil ini juga mampu mempengaruhi sentimen dan keputusan bakal pembeli ke atas produk-produk atau servis yang ditawarkan oleh perniagaan anda.

Tanpa penggunaan grafik yang baik, sukar untuk sesebuah perniagaan itu untuk pergi lebih jauh dan mengembangkan sayap empayar perniagaannya. Hal ini kerana mesej yang disampaikan tidak dapat diterima dengan baik oleh target audiens serta imej perniagaan yang kurang meyakinkan walaupun anda mempunyai produk atau servis yang sama taraf atau jauh lebih baik daripada perniagaan yang lain.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda yang baru ingin menggunakan platform media sosial untuk bisnes anda. 

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 4 Rahsia Menjual Di Media Sosial Tanpa Sebarang Modal
  2. 5 Cara Mudah Nak Naikkan Jualan Di Media Sosial Anda
  3. 5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Business

6 Rahsia Nak Dapat Idea Buat Content Di Media Sosial

Perkara yang paling mahal dalam sesebuah content adalah idea. Anda perlu tahu bahawa untuk mendapatkan sesebuah content media sosial yang menarik dan engaging bukanlah sesuatu …

Read More →
Website

5 Sebab Kenapa Laman Web Penting Dalam Digital Marketing

Laman web sering disebut-sebut sebagai holy grail kepada digital marketing. Hampir semua perniagaan dinasihatkan untuk memiliki laman web agar strategi pemasaran digital atau digital marketing …

Read More →
Ads

Facebook Ads: 3 Struktur Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Ads

Kami pasti masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana struktur Facebook ads boleh membantu convert lebih banyak trafik kepada jualan dan membina jenama anda pada …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You will love to read these

Business

7 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Marketing

Elakkan 7 Perkara Ini Dalam Marketing Menceburi dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan banyak cabaran mental dan juga fizikal.   Untuk berjaya dalam dunia perniagaan, sangat penting bagi usahawan atau pemilik bisnes untuk mempunyai ilmu pengetahuan marketing.   Sebagai seorang pemilik bisnes, anda perlu melakukan persediaan yang rapi.   Ini untuk memastikan hala

Read More »
Marketing Tanpa Database
Marketing

Cara Nak Buat Iklan Takaful Walaupun Anda Tak Ada Database

Macam Mana Nak Mula Marketing, Tanpa Database? Soalan yang biasa kita dengar dari mereka yang baru nak mula bisnes Takaful. Saya baru buat Takaful macam mana nak buat marketing tanpa database?   Di bawah ini, saya nak kongsikan 4 tip yang boleh anda gunakan. Anda tak perlu bimbang, kerana dengan berpandukan tip tip ini, anda

Read More »
contoh copywriting menggunakan PESTA
Copywriting

Hasilkan Copywriting Berkualiti Dan Convert Dalam 5 Minit

Contoh copywriting yang  boleh anda gunakan untuk tulis copywriting iklan anda SEPANTAS 5 minit.   Sebenarnya ini adalah copywriting formula yang saya sendiri gunakan   Ramai orang mengadu pada saya,   “Tuan Rahim, bila saya nak tulis copywriting, saya tenung skrin komputer, komputer tenung saya balik. 5 minit, 10 minit tak ada idea. Kadang tu

Read More »
Cara Nak Marketing Produk Makanan dan Jual Produk Komoditi
Business

Cara Nak Jual Produk Komoditi (Makanan, Pakaian, Etc)

Bagaimana Nak Buat Iklan Produk Makanan Atau Produk Komoditi   Komoditi ni apa?   Komoditi ni lebih kurang barang yang sama macam orang lain. Contoh produk makanan, bahan mentah, dan sebagainya.   Jadi macam mana cara buat marketing untuk menjual produk tersebut secara online?   Kita nak bercerita tentang apa cara marketing produk makanan, kalau

Read More »
Website

Bagaimana Website Berfungsi Untuk Sesebuah Bisnes?

Ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan laman web atau juga dipanggil website untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Ia diibaratkan seperti sebuah nama, brand dan platform yang dapat memperkenalkan perniagaan anda secara online dengan lebih meluas dan bersistematik. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya anda memiliki website untuk bisnes anda.  Website diibaratkan seperti sebuah buku interaktif yang sentiasa

Read More »
Marketing

Video VS Poster: Why Videos Are More Effective For Marketing

Brands can no longer get by with just written content and images. Brands all over the world are realizing the value of video marketing and investing in its creation and distribution. Video marketing is when you are using videos for promoting and telling people about your product or service. Videos are a better way to

Read More »
×